Reumatoid artritis adalah sesuatu penyakit yang membawa keradangan di serata tubuh pesakit. Keradangan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebengkakan, kekakuan dan juga kehilangan fungsi sendi-sendi.
Mengenali penyakit Reumatoid Artritis
Reumatoid artritis adalah sesuatu penyakit yang membawa keradangan di serata tubuh pesakit. Keradangan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebengkakan, kekakuan dan juga kehilangan fungsi sendi-sendi.
Biasanya penyakit ini dikenal pasti kerana corak simterinya, iaitu, jika sendi seperti lutut, atau tangan yang terbabit, biasanya, sendi sebelah yang lain turut terlibat. Penyakit ini paling biasanya menjejaskan sendi pergelangan tangan, serta sendi jari yang paling dekat dengan tangan. Ia juga oleh membabitkan sendi-sendi yang lain dan juga seluruh tubuh pesakit. Tambahan pula, pesakit rheumatoid artritis biasanya berasa tersangat letih, mengalami demam tidak tentu pasal dan juga sering terasa tidak sihat.
Setiap pesakit reumatoid artritis mendapati bahawa penyakit ini membawa simtom yang berlainan. Kebanyakan pesakit mengalami penyakit ini dengan simtom yang dianggap sedikit atau sederhana ketaranya, di mana ada kalanya terasa yang simtom-simtom yang diahadapi semakin teruk, dan jangka masa ini dikenali sebagai masa kemarakan (flares) penyakit ini. Pada masa yang lain, pesakit tersebut akan berasa lebih pulih, dan masa seperti ini dikenali sebagai masa keredaan (remission).
Tetapi ada juga pesakit rheumatoid artritis yang mengalami jenis penyakit yang sentiasa ketara, di mana penyakit ini aktif sepenuh masa, dan ia berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan akan sampai masanya yang sendi-sendi terlibat akan terjejas dan rosak sepenuhnya, sehingga pesakit mengalami kecacatan.
Walaupun reumatoid artritis adalah satu-satunya penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan seorang pesakit, cara-cara mengubati penyakit ini pada masa kini membolehkan pesakit-pesakit tersebut menjalani hidup yang cukup aktif dan bermakna. Untuk mencapai matlamat ini, cara-cara perubatan yang kini digunakan termasuk kegunaan ubat-ubat penahan sakit serta ubat yang mengurangkan dan melambatkan penjejasan sendi, keseimbangan hidup melalui senaman dan masa rehat yang cukup dan juga program pendidikan pesakit
Di Malaysia, 5 dari setiap 1000 orang akan mengidapi penyakit rheumatoid artritis. Ia melanda setiap kaum, dan penyakit ini dihidapi lebih ramai kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki, dan ia bermula pada amnya di pesakit yang berumur di antara 30 dan 50 tahun. Walaubagaimanapun, penyakit it memang boleh bermula dalam lingkungan muda, pasa masa zaman kanak-kanak sehinggalah usia yang tua.
Jika pesakit mendapat perubatan awal, ia akan meningkatkan kemungkinan yang pesakit ini akan dapat menangani ciri-ciri penyakit ini dengan lebih baik. Dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pesakit yang paling berpengetahuan perihal penyakit ini, dan yang paling mengambil tahu tentang program pengubatannya sendiri adalah pesakit yang mengalami tahap kesakitan yang paling kurang, dan juga kurang berjumpa doktor, berbanding dengan pesakit artritis yang lain.
Mengenali dan Mengubati penyakit Reumatoid Artritis
Reumatoid artritis sukar dikenalpasti, terutamanya pada peringkat awal disebabkan beberapa perkara. Pertamanya, tiada satu ujian medikal yang boleh mengenalpastikan penyakit tersebut. Tambahan pula, setiap pesakit mengalami simtom-simtom yang berlainan dan juga, simtom akan lebih ketara untuk sesetengah penyakit, tetapi tidak dengan pesakit yang lain.
Simtom-simtom ini juga ada banyak persamaannya dengan jenis penyakit artritis dan penyakit sendi yang lain, dan kadangkala, ia akan mengambil jangka masa yang panjang untuk mempertimbangkan diagnosis, dan untuk mengambil keputusan yang pesakit tersebut tidak mengalami penyakit-penyakit yang lain. Dan simtom-simtom penyakit ini juga berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang, dan hanya sedikit simtom sahaja yang akan timbul pada tahap permulaan.
Oleh kerana itu, doktor akan menggunakan beberapa cara untuk mengenalpastickan penyakit ini, sambil memastikan yang pesakit tidak menhidapi penyakit lain, dan bukan rheumatoid artritis.
Sejarah perubatan: Ini adalah gambaran simtom yang diberi oleh pesakit, termasuk bagaimana dan bila simtom-simtom tersebut bermula. Pesakit perlu memberitahu doktor tentang kesakitan, kekakuan dan penjejasan sendi yang dialami, bagaimana setiap aspek ini telah berubah dari permulaan sehingga takat kini. Maklumat ini akan menolong Doktor untuk membuat pengenalan awal penyakit ini, dan membuat penilaian mengenai cara penyakit ini mengembang dalam masa yang diberi.
Pemeriksaan tubuh: Doktor menatapi sendi-sendi, kulit, refleks serta kekuatan otot pesakit.
Ujian makmal: Ujian darah yang paling banyak dilakukan adalah ujian factor reumatoid (rheumatoid factor RF), yang mencari antibody yang biasanya akan berada di dalam darah kebanyakan pesakit rheumatoid artritis. Tetapi, bukan setiap pesakit rheumatoid artritis yang akan mendapat keputusan positif untuk RF, terutama sekali pada takat awal penyakit tersebut. Tambahan pula, ada kalanya orang yang mendapat keputusan positif untuk RF tidak mendapat penyakit tersebut sama sekali. Apabila seseorang pesakit mengalami beberapa, tetapi tidak kesemua simtom reumatoid artritis, dan untuk pesakit yang mendapat keputusan negatif untuk RF, doktor-doktor mungkin melanjutkan ujian dengan satu ujian yang lebih peka, iaitu, ujian anti-CCP yang mencari antibodi anti-cyclic citrullinated peptide. Ujian anti-CCP ini sangat berguna untuk mengenalpasti penyakit ini pada tahap awal, kerana ia boleh mengenali pesakit yang belum lagi mengalami apa-apa simtom rheumatoid artritis. Dan penyelidikan dari Kolej Reumatologi Amerika (the American College of Rheumatology) ada membuktikan bahawa sampai 95% pesakit yang mendapat keputusan positif dalam ujian anti-CCP akhirnya akan mengalami penyakit reumatoid artritis. Akan tetapi, oleh kerana ujian anti-CCP ini adalah mahal, para doktor di Malaysia hanya akan menggunakannya apabila seseorang pesakit menunjukkan simtom yang merupakan artritis, di mana pengenalpastian pada peringkat awal boleh memberi doktor kesempatan untuk mengurangkan kesan dan kemaraan penyakit tersebut.
Mengubati Reumatoid Artritis
Tiada satu ubat atau cara untuk mengubati penyakit rheumatoid artrtitis, malah, pakar reumatologi menggunakan ubat dan cara perubatan yang berlainan untuk setiap satu pesakit. Ubat dan cara pengubatan bertukar pada takat yang berlainan penyakit itu, dan ia dipilih berasaskan keadaan pesakit yang diubati, Walaapapun cara pengubatan yang dipilih, akhirnya matlamat yang diingini adalah untuk mengurangkan rasa sakit, mengurangkan keradangan, dan melambatakan atau memberhentikan sama sekali penjejasan sendi, serta meningkatkan rasa kesihatan dan kesempurnaan seseorang pesakit