Ya Allah doa ku kini hanya terarah padamu..kerana hanya Kau yg tahu apa yg bermain di minda ku. Kekesalan dan kekecewaan semalam akan hilang di telan waktu seperti hari2 semalam. Duka dan sedih sebati dlm hidup ku..hanya pada Mu tempat ku curahkan segalanya..mengharapkan setitis embun dari syurga Mu untuk ak terus bangkit semula dan meganggap apa yg terjadi sebagai mainan mimpi belaka...
Salah ak kerana terlalu asyik dgn belaian nikmat dunia yg hanya sementara. Sesungguhnya ak mmg insan yang lemah. lemah segala galanya...ak tak kuat utk mengharungi rutin hidup yg semakin mencabar. Aku tewas dgn perasaan sendiri yang bukan2. Aku salah dalam mentafsir hati manusia. Cinta itu membunuh ku Ya Allah. Lindungilah ak Sesungguhnya Engkaulah maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Saat ini, hati ini sgt menagisi akn pemergiannya...tp ak berharap Ya Allah semoga doa ku hari2 di perkenankan kerana aku percaya...dan yakin apa yang terbaik utk ku adalah apa yang terbaik dari mu...Arh mungkin dulu ak sudah berjanji untuk tidak menagis lagi. Tapi kenapa mudah sgt air mata ini mengalir utknya. Mudah sangat dada ini sebak kerananya..mudah sangat rasa ini terkilan kerananya..aku keliru..antara nikmat sementra yang kau berikan..
Doa ku menjadi dugaan terbesar buat ku kini.. Adakah kerana doa2 ku itu maka kau uji ak utk melihat kekuatan dan ketabahan ku...sesungguhnya ak mmg tidak mampu tetapi kerana Mu Ya Allah ak tidak akan berputus asa. Sesungguhnya kerana Mu Ya Allah ak akan terus berdoa tanpa ada rasa curiga kepada Mu....
Ampuni aku Ya Allah...dunia ini sesungguhnya telah membuat aku lalai...lalai dgn kasih sayang sementara yang di letakkan di hadapan ku..hanya Kau saja kasih sayang yg kekal abadi utk ku..maka dgn itu ...AKU IKHLASKAN RASA CINTA KASIH DAN SAYANG INI HANYA UTK MU...
No comments:
Post a Comment