lagu saya

Monday, 14 March 2011

Scoliosis - Part 1


  
Tulang belakang dibahagikan kepada 5 bahagian(sila rujuk rajah 1.1)
Cervical Spine
Ini adalah bahagian leher manusia, vertebra C1-C7 bermula dari bawah tempurung kepala sehingga ke bahagian atas dada
Thoracic Spine
Merujuk kepada bahagian tengah tulang belakang yang bersambung dengan tulang rusuk(dilabelkan sebagai T1-T12). Bahagian ini agak keras & stabil kerana ia mempunyai pergerakan yang minima berbanding bahagian tulang belakang yang lain.
Lumbar Spine
Merupakan kolum vertebra yang paling besar & paling kuat yang memainkan peranan untuk menyokong berat badan seseorang. Mengandungi 5 vertebra (L1-L5) dan merupakan bahagian terakhir yang memiliki bongkah tulang yang terasing dari tulang yang lain.
Sacrum Spine
Bahagian yang mempunyai 5 vertebra yang bergabung bersama ketika pertumbuhan bagi membentuk satu sambungan yang dikenali sebagai sacrum. Dilabelkan sebagai S1-S5.
Coccygeal
Lebih dikenali sebagai hujung tulang belakang yang asalnya terbentuk daripada 4 atau 5 vertebra yang bergabung.

Dari pandangan belakang, tulang belakang normal akan kelihatan lurus. Walaubagaimanapun, bila dilihat dari sisi, kita akan dapat melihat bentuk semulajadi tulang belakang yang dikenali sebagai kyphosis & lordosis.(Rujuk Rajah 1.2) Bentuk-bentuk ini berfungsi untuk menyokong berat badan seseorang dan juga penting untuk pergerakan yang fleksibel. 
  
Di antara setiap kolum vertebra, terdapat sejenis cakera(intervertebral discs) yang berfungsi sebagai penyerap hentakan. Kolum vertebra dan disc ini berfungsi bersama untuk melindungi saraf tunjang dan saraf-saraf yang berkaitan.. Selain itu, di bahagian ini juga terdapat otot, ligamen, salur darah & jaringan-jaringan tisu yang membolehkan badan berfungsi secara normal. Pandangan atas & sisi vertebra boleh dilihat pada Rajah 1.3.
Dalam kes scoliosis, tulang belakang pesakit memiliki lekuk tidak normal yang akan menyebabkan gangguan dalam kestabilan tulang belakang dan seluruh badan pesakit bergantung kepada kadar keseriusan bengkok tersebut

Sila layari :http://scoliosismalaysia.wordpress.com

No comments:

Post a Comment