lagu saya

Thursday, 17 March 2011

Mungkin kah ?....

15 March 2011
Gambar tangan. Masih mampu menyarungkan cincin dari seseorg. Kenapa ya?....tiba2 aku rasa aku perlu merakamnya sukurang-kurang nya when its happen aku ada kenangan.
Tidak...Insyaallah Allah sayangkan aku. Aku akan lawan dan lakukkan apa sahaja untuk sihat. Solat, solat hajat, puasa dan berdoa akan menjadikan aku terus bersemangat dan tentunya usaha ini kan di beri sesuatu oleh Allah.
Harap sume orang akan tolong doa untukku juga....ketakutan ini akan hilang Insya Allah...Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yg terbaik untuk Hambanya....


Penderita RA

Wednesday, 16 March 2011

Fahamilah aku...

Kadang-kadang kita akan rasa sangat down. Mungkin sebab dalam masa yang sama akan berlaku macam-macam perkara. Masalah memang tak akan abis. Bila abis datang masalah lain. itu adalah lumbah kehidupan. Tp yang penting cara kita menangani sume permasaalahan itu..

Semalam hari yang paling serabut. Sejak lepas subuh sampai malam. Jiwa dan fikiran bagai di landa ombak Sunami. Jika gagal mengatasinya tentu akan berlaku lagi macam2 perkara. Sabar adalah teras segala2nya..
Tapi rasa down juga bila mereka yang kita perlukan tiba2 hilang. Tempat berpaut seakan tinggi rendah lantainya. Mungkin hatinya sedikit tergelincir dengan segala keaadaan. Namu ketahuilah aku tak pernah menyalahkan sesiapa. Apa yang berlaku pasti ada sebabnya...ya yang pasti kerana terpaksa.

Terpaksa menerima segala2nya...terpaksa berkorban hati dan perasaan utk org lain...terpaksa melihat kesengsaraan orang lain. Terpaksa berkoraban utk orang lain kerana mereka bukan siapa2 dgn ku..tp darah daging ku. Percayalah aku bukan tidak mahu mendengar tetapi terpaksa...klu mereka bukan sapa2 pun belum mungkin aku dapat lakukan....sesejuk wajah Adra Anies...sanggupkah?...

Aku bukan inginkan perhatian yang bukan2. jauh sungguh untuk rasa simpati. Aku cuma perlukan pengertian, kesetiaan dan juga kata2 semangat..aku mahu hidup seperti orang lain. Ya mungkin dia sakit hati bila megenangkan apa yang aku tanggung. Mengenangkan segala pengorbanan yang mungkin tidak di hargai oleh org lain. 

Tapi aku percaya apa yang berlaku semalam tentu ada jalan penyelesaianya. Tentu ada benda baik yang akan berlaku. Akan buat kita sume bertambah rapat sbb kita dalam proses meyesuaikan diri dengan keadaan. Ketahuilah adik..aku sangat sayang kamu. oleh sebab itu barulah kita boleh berselisih paham..dan akhirnya kita akan faham keadaan diri masing2..apa yang kau lakukan tak der satupun yang salah. Yang salah masa tu cuma keadaan yang terdesak...emosi yang tak berapa nak stabil dan juga kesabaran yang nipis...

Terima kasih atas keperihatinan dan kesedihan ini. Insya Allah kita perlukan masa untuk pulih. Selam lah diri untuk mengerti. Ingat pesan orang berguna "klu sayang maafkan, kalau tak tinggalkan" aku percaya ini semua ujian Allah...Tapi aku juga rasa..macam mana sakit yang datang menjeguk diri tp sakit di hati denyutnya tak terperi...

Maaf mungkin aku yang tak memahami, maaf kerana terpaksa melakukkan segala2nya...kadang2 kena telan ubat yang pahit utk terus rasa sihat kan?....

Reumatoid Artritis

Reumatoid artritis adalah sesuatu penyakit yang membawa keradangan di serata tubuh pesakit. Keradangan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebengkakan, kekakuan dan juga kehilangan fungsi sendi-sendi.
Mengenali penyakit Reumatoid Artritis
Reumatoid artritis adalah sesuatu penyakit yang membawa keradangan di serata tubuh pesakit. Keradangan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebengkakan, kekakuan dan juga kehilangan fungsi sendi-sendi.
Biasanya penyakit ini dikenal pasti kerana corak simterinya, iaitu, jika sendi seperti lutut, atau tangan yang terbabit, biasanya, sendi sebelah yang lain turut terlibat. Penyakit ini paling biasanya menjejaskan sendi pergelangan tangan, serta sendi jari yang paling dekat dengan tangan. Ia juga oleh membabitkan sendi-sendi yang lain dan juga seluruh tubuh pesakit. Tambahan pula, pesakit rheumatoid artritis biasanya berasa tersangat letih, mengalami demam tidak tentu pasal dan juga sering terasa tidak sihat.
Setiap pesakit reumatoid artritis mendapati bahawa penyakit ini membawa simtom yang berlainan. Kebanyakan pesakit mengalami penyakit ini dengan simtom yang dianggap sedikit atau sederhana ketaranya, di mana ada kalanya terasa yang simtom-simtom yang diahadapi semakin teruk, dan jangka masa ini dikenali sebagai masa kemarakan (flares) penyakit ini. Pada masa yang lain, pesakit tersebut akan berasa lebih pulih, dan masa seperti ini dikenali sebagai masa keredaan (remission).
Tetapi ada juga pesakit rheumatoid artritis yang mengalami jenis penyakit yang sentiasa ketara, di mana penyakit ini aktif sepenuh masa, dan ia berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan akan sampai masanya yang sendi-sendi terlibat akan terjejas dan rosak sepenuhnya, sehingga pesakit mengalami kecacatan.
Walaupun reumatoid artritis adalah satu-satunya penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan seorang pesakit, cara-cara mengubati penyakit ini pada masa kini membolehkan pesakit-pesakit tersebut menjalani hidup yang cukup aktif dan bermakna.  Untuk mencapai matlamat ini, cara-cara perubatan yang kini digunakan termasuk kegunaan ubat-ubat penahan sakit serta ubat yang mengurangkan dan melambatkan penjejasan sendi, keseimbangan hidup melalui senaman dan masa rehat yang cukup dan juga program pendidikan pesakit
Di Malaysia, 5 dari setiap 1000 orang akan mengidapi penyakit rheumatoid artritis. Ia melanda setiap kaum, dan penyakit ini dihidapi lebih ramai kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki, dan ia bermula pada amnya di pesakit yang berumur di antara 30 dan 50 tahun. Walaubagaimanapun, penyakit it memang boleh bermula dalam lingkungan muda, pasa masa zaman kanak-kanak sehinggalah usia yang tua.
Jika pesakit mendapat perubatan awal, ia akan meningkatkan kemungkinan yang pesakit ini akan dapat menangani ciri-ciri penyakit ini dengan lebih baik. Dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pesakit yang paling berpengetahuan perihal penyakit ini, dan yang paling mengambil tahu tentang program pengubatannya sendiri adalah pesakit yang mengalami tahap kesakitan yang paling kurang, dan juga kurang berjumpa doktor, berbanding dengan pesakit artritis yang lain.

Mengenali dan Mengubati penyakit Reumatoid Artritis
Reumatoid artritis sukar dikenalpasti, terutamanya pada peringkat awal disebabkan beberapa perkara. Pertamanya, tiada satu ujian medikal yang boleh mengenalpastikan penyakit tersebut. Tambahan pula, setiap pesakit mengalami simtom-simtom yang berlainan dan juga, simtom akan lebih ketara untuk sesetengah penyakit, tetapi tidak dengan pesakit yang lain.
Simtom-simtom ini juga ada banyak persamaannya dengan jenis penyakit artritis dan penyakit sendi yang lain, dan kadangkala, ia akan mengambil jangka masa yang panjang untuk mempertimbangkan diagnosis, dan untuk mengambil keputusan yang pesakit tersebut tidak mengalami penyakit-penyakit yang lain. Dan simtom-simtom penyakit ini juga berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang, dan hanya sedikit simtom sahaja yang akan timbul pada tahap permulaan.
Oleh kerana itu, doktor akan menggunakan beberapa cara untuk mengenalpastickan penyakit ini, sambil memastikan yang pesakit tidak menhidapi penyakit lain, dan bukan rheumatoid artritis.
Sejarah perubatan: Ini adalah gambaran simtom yang diberi oleh pesakit, termasuk bagaimana dan bila simtom-simtom tersebut bermula. Pesakit perlu memberitahu doktor tentang kesakitan, kekakuan dan penjejasan sendi yang dialami, bagaimana setiap aspek ini telah berubah dari permulaan sehingga takat kini. Maklumat ini akan menolong Doktor untuk membuat pengenalan awal penyakit ini, dan membuat penilaian mengenai cara penyakit ini mengembang dalam masa yang diberi.
Pemeriksaan tubuh: Doktor menatapi sendi-sendi, kulit, refleks serta kekuatan otot pesakit.
Ujian makmal: Ujian darah yang paling banyak dilakukan adalah ujian factor reumatoid (rheumatoid factor RF), yang mencari antibody yang biasanya akan berada di dalam darah kebanyakan pesakit rheumatoid artritis. Tetapi, bukan setiap pesakit rheumatoid artritis yang akan mendapat keputusan positif untuk RF, terutama sekali pada takat awal penyakit tersebut. Tambahan pula, ada kalanya orang yang mendapat keputusan positif untuk RF tidak mendapat penyakit tersebut sama sekali. Apabila seseorang pesakit mengalami beberapa, tetapi tidak kesemua simtom reumatoid artritis, dan untuk pesakit yang mendapat keputusan negatif untuk RF, doktor-doktor mungkin melanjutkan ujian dengan satu ujian yang lebih peka, iaitu, ujian anti-CCP yang mencari antibodi anti-cyclic citrullinated peptide. Ujian anti-CCP ini sangat berguna untuk mengenalpasti penyakit ini pada tahap awal, kerana ia boleh mengenali pesakit yang belum lagi mengalami apa-apa simtom rheumatoid artritis. Dan penyelidikan dari Kolej Reumatologi Amerika (the American College of Rheumatology) ada membuktikan bahawa sampai 95% pesakit yang mendapat keputusan positif dalam ujian anti-CCP akhirnya akan mengalami penyakit reumatoid artritis. Akan tetapi, oleh kerana ujian anti-CCP ini adalah mahal, para doktor di Malaysia hanya akan menggunakannya apabila seseorang pesakit menunjukkan simtom yang merupakan artritis, di mana pengenalpastian pada peringkat awal boleh memberi doktor kesempatan untuk mengurangkan kesan dan kemaraan penyakit tersebut.
Mengubati Reumatoid Artritis
Tiada satu ubat atau cara untuk mengubati penyakit rheumatoid artrtitis, malah, pakar reumatologi menggunakan ubat dan cara perubatan yang berlainan untuk setiap satu pesakit. Ubat dan cara pengubatan bertukar pada takat yang berlainan penyakit itu, dan ia dipilih berasaskan keadaan pesakit yang diubati, Walaapapun cara pengubatan yang dipilih, akhirnya matlamat yang diingini adalah untuk mengurangkan rasa sakit, mengurangkan keradangan, dan melambatakan atau memberhentikan sama sekali penjejasan sendi, serta meningkatkan rasa kesihatan dan kesempurnaan seseorang pesakit

Cara Elak Sakit Belakang


Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berpereranan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktur risiko)
1. Postur yang tidak betul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
2. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.
3. Kegemokan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.
4. Stres
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan  dan boleh cedera belakang.
5. Tersalah urat belakang
Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.
6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.
 
Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri :
Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan.  Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan
Kepala tegak kedepan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur.
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang.
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3  kg
( anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Penutup
Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks  dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Selamat mencuba.

Oleh :
Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Bibliographi :
Back care : National Safety Council
Ergonomics for beginners a quick reference guide : J.Dul and B.Weerdmeester

Scoliosis vs Merong Maha Wangsa

Erm...semalam sempat gi Serong Wangsa Walk untuk menonton Merong Maha Wangsa. Satu karya epik adik beradik KRU yg ku boleh anggap hebat dan menarik...Filem Malaysia.. Ku tinjau penontonnya yg memenuhi segenap ruang panggung wayang itu kelihatan berbilang bangga. Sume kaum pun ada...erm seronok juga sbb blh berbangga ada org bangsa lain yg tonton filem kita. Syabas KRU....
Separuh masa pertama rilek jer...sandar kat kerusi yg empuk...klu citer boring tentu dah tido. Tp citer nieh best jadi tak bolehlah nak tido..tp tiba rasa tak selesa. Sebab rasa sakit tiba2 di pinggang meyebabkan aku cuba mencari kedudukan yg lebih selesa. Tp sakit terus mencengkam...maka aku terpaksa duduk dgn kedudukan tidak bersandar. Ya kedudkan itu membantu tp tiba2 segan sebab sume org bersandar...hehehe
Inilah yg selalu di alami oleh pesakit Scoliosis seperti aku...tp untuk mengelak dari org yg di sebelah2 perasan aku meletakkan lengan di belakang pinggang dan bersandar. 
Ya itu tip percuma dari aku....tp sebenarnya klu nak rasa selesa tak kiralah masa menonton wayang ker atau masa kita berehat di pejabat dan membuat kerja kita boleh letakkan bantal di belakang pinggang. Sekarang pun ader Dr. Bone lagi senang tp agak mahal harganya...terpulanglah asal selesa.
Bukan untuk mereka yang mengidap Scoliosis sahaja baik juga untuk orang2 lain untuk menjaga tulang belakang. dududklah dgn kedudukan yang agronomic. Apa itu duduk dala keadaan egronomic?...ku akan kongsi bersama kalian di post akan datang. Egronomic kebaikan untuk jangka panjang....
Oh Lupa pulak pada kawan2 yg sama2 pergi menonton. Terima kasih sebab sudi keluar bersama melegakan tekanan saya dan Che Roy yang sentiasa sudi belanja aku..hehehe
Saat2 ini akan ku kenang nanti....mungkin masa aku tidak lagi mampu untuk bersama kalian...
Terima kasih teman...

Nurul Azman, Syuwari Ashraf Azman, Azroy Arman, Amirul Muain, Mohd Hafidz dan tak lupa Mohd Shahafiz Shafie yg selalu dok bebel sebab kakak kesayangan dia nieh nak  keluar mlm ari tu...hehehe

Tuesday, 15 March 2011

~Aku Tidak Akan Menangis Lagi~

Andai esok tidak lagi sama..pimpinlah tanganku supaya aku terus redha dgnNya..bantulah aku meniti suratanNya...dan bisikan Namanya ditelingaku supaya aku sentiasa ingat Allah sayangkan ku. Untuk itu teman akan lakukan segala2nya yg termampu untukmu sekarang ..supaya nanti kamu tak akan lupakanku...
~Aku Tidak Akan Menangis Lagi~

Oysdkt Apk Cdaa

Inilah nama yang aku gunakan di dalam Facebook ku...nama yang ku kira sangat mempunyai makna tersirat dan menghimpunkan semua insan2 yang ku sayang...Ku abadikan sumenya di dalam satu nama
Oysdkt Apk Cdaa
Orang yang sabar dikasihi tuhan, Aku punya kamu Cinta dan Adik-Adik


Scoliosis - Part 2

Sila layari :
http ://scoliosismalaysia.wordpress.com      
Untuk maklumat lanjut

maklumat di dalam blog tersebut sangat berguna dan semua pesakit scoliosis sangat disarankan untuk mencari seberapa banyak maklumat supaya dapat menerima keadaan dan juga lebih bersedia di masa akan datang
Terima kasih Nurain Syuhada bt Muhammad. 
Tulisan anda sangat membantu saya..

Kata-kata Nurain Syuhada :
"Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi
               Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu."

Monday, 14 March 2011

Scoliosis - Part 1


  
Tulang belakang dibahagikan kepada 5 bahagian(sila rujuk rajah 1.1)
Cervical Spine
Ini adalah bahagian leher manusia, vertebra C1-C7 bermula dari bawah tempurung kepala sehingga ke bahagian atas dada
Thoracic Spine
Merujuk kepada bahagian tengah tulang belakang yang bersambung dengan tulang rusuk(dilabelkan sebagai T1-T12). Bahagian ini agak keras & stabil kerana ia mempunyai pergerakan yang minima berbanding bahagian tulang belakang yang lain.
Lumbar Spine
Merupakan kolum vertebra yang paling besar & paling kuat yang memainkan peranan untuk menyokong berat badan seseorang. Mengandungi 5 vertebra (L1-L5) dan merupakan bahagian terakhir yang memiliki bongkah tulang yang terasing dari tulang yang lain.
Sacrum Spine
Bahagian yang mempunyai 5 vertebra yang bergabung bersama ketika pertumbuhan bagi membentuk satu sambungan yang dikenali sebagai sacrum. Dilabelkan sebagai S1-S5.
Coccygeal
Lebih dikenali sebagai hujung tulang belakang yang asalnya terbentuk daripada 4 atau 5 vertebra yang bergabung.

Dari pandangan belakang, tulang belakang normal akan kelihatan lurus. Walaubagaimanapun, bila dilihat dari sisi, kita akan dapat melihat bentuk semulajadi tulang belakang yang dikenali sebagai kyphosis & lordosis.(Rujuk Rajah 1.2) Bentuk-bentuk ini berfungsi untuk menyokong berat badan seseorang dan juga penting untuk pergerakan yang fleksibel. 
  
Di antara setiap kolum vertebra, terdapat sejenis cakera(intervertebral discs) yang berfungsi sebagai penyerap hentakan. Kolum vertebra dan disc ini berfungsi bersama untuk melindungi saraf tunjang dan saraf-saraf yang berkaitan.. Selain itu, di bahagian ini juga terdapat otot, ligamen, salur darah & jaringan-jaringan tisu yang membolehkan badan berfungsi secara normal. Pandangan atas & sisi vertebra boleh dilihat pada Rajah 1.3.
Dalam kes scoliosis, tulang belakang pesakit memiliki lekuk tidak normal yang akan menyebabkan gangguan dalam kestabilan tulang belakang dan seluruh badan pesakit bergantung kepada kadar keseriusan bengkok tersebut

Sila layari :http://scoliosismalaysia.wordpress.com

Motivasi diri


Insya Allah- Mahir Zain
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang Chorus

Ku Ada kamu - Adira
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Chorus
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Ulang Chorus
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Ulang Chorus
Selagi ku ada kamu

Apa yang aku rasa kini....

Apa yg aku rasa kini...
Segala2nya..rasa sakit, rasa rendah diri, rasa takut, rasa segala2nya tentang kesusahan. Memang aku akui jika semuanya benar belaka memang payah utk aku untuk menghadapi hari2 akan datang...
Tapi aku bersyukur adik2, sahabatku, keluarga ku memang istimewa...mereka menjadi tulang belakang ku..menahan aku dari terus jatuh tersungkur..menyokong ku dan tidak letih berkongsi suka duka...terimakasih semua..kamu sgt mengerti perasaanku kini...."Ya Allah Kau berilah ia kebahagian dunia Akhirat kerana ia telah banyak berbuat kebaikan pada ku sejak dulu dan kini...
Bila aku buat keputusan untuk menulis sebenarnya kerana aku percaya aku tidak keseorangan. menulis bukan untuk mendapatkan simpati tetapi untuk kepuasan diri. Menangislah jika mampu sekurang2nya dpt melegakan segala lara. Oleh Itu aku menulis untuk megurangkan segala tekanan....aku cuma insan biasa yang punya rasa...



Salam perkenalan....

Salam perkenalan ku hulurkan...
Sudah lama tidak menari-narikan jariku di atas keyboard ini...setahun mungkin..apa yg ku tulis dlm blog ku yg lama biarlah jadi sejarah..ini adalah sebuah kisah baru..kisah yg panjang...kisah tentang suka duka ku..kisah tentang seseorang yg menerima segala takdirNya...kerana itu ku namakan blogku ini 'Aku tidak akan menangis lagi' walaupun mungkin terlalu sukar utk aku lakukan..namun jika aku terus menyebutnya tentu aku akan terus tabah...aku  adalah Sabrina yang percaya dan yakin kekuatan dan ketabahan itu telah sebati dlm tubuhku...mengalir dlm darahku
Semoga ia boleh dijadikan panduan bersama utk meneruskan kelangsungan hidup..mencari erti sebuah ketabahan dlm penderitaan. Aku bukan menulis untuk menagih simpati tapi sekadar berkongsi. Moga orang2 lain akan lebih tabah bila membaca tulisan ku..hanya itu niatku. Aku percaya aku tidak akan keseorangan dalam menghadapinya dan Allah masih berbelas kasihan pada ku....untuk itu ku abadikan Oysdkt.blogspot.com....untuk kalian...

Oysdkt (Orang yang sabar di kasihi Tuhan) terima kasih sahabat..ia sgt bermakna bagi ku kini =)