18-20 Mac 2011yang lalu , aku telah terpilih sebagai salah seorang facilitator Lang Buana untuk bagi program bersama 105 orang pelajar dari UTM Sekudai, Johor di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh pahang. Seperti namanay aku tutrut tersenyum sebaik sampai di kaki gunung. terima kasih kepada Abg Ca'a selaku Kem Komandan kerana sudi untuk invite aku sama2 menjayakan program tersebut.
Program yang berjalan selama 2 hari padat dgn pelbagai xtvt yg menyebabkan pelajar2 dari UTM terasa sangat strees dan juga kepenatan. Rasa mcm di dera pun ada juga...hehehe tp itulah pengalaman berharga yang akan mereka kenang apabila sampai di UTM nanti..bila semua org tengok balik gambar2 semasa meneroka gua dan sebagainya.
Oleh kerana keadaan aku yang tidak sihat di tambah pulak dengan rasa sakit perut yang berlanjutan selama 3hari berturut2 menyebabkan aku lebih banyak menjadi pemerhati dan berehat. Nasib baik suma rakan2 jurulatih paham dan tak merungut malah bersimpati dengan keadaan aku.
Aku cuma menyertai aktiviti 'solo walk' pada malam pertama dengan menjaga cheak point no 2...pelbagai gelagat dapat aku saksikan. Ada yang takut...berani dan terlebih confident pun ada. Tp akhirnya setelah 1 jam aku terpaksa duduk di dalam gelap sehingga ke jam 3.30am kerana perut ku betul yang 2 sakit dan rasa seperti hampir pengsan. Setelah semua selesai aku bersyukur kerana semua peserta selamat dan aktiviti pada malam itu berjalan seperti yang di rancang....
Pengalaman berharga bersama mereka akan aku kenang sampai bila2...terima kasih pada sume yang terlibat menjayakan xtvt ini. Pada semua sahabatku Suzailin, Abg Ca'a, Abg Habib, Abg Bai, Pak lah, Kina, Along, Kecik dan sume yg mungkin tak sempat nak berkenalan dengan lebih dekat...Maaf andainya ada salah silap ku...hingga berjumpa lagi....
Senyumlah...pasti ada matahari untuk esok....